saya...

suke mendengar.... tp jarang bercakap.....

suka duka, senyum tertawa

semua sama saja

Saturday, March 26, 2011

salah aku ke????????????

kli ni aku btul2 terasa
betul2 tesinggung
spe aku ni....
perlu ke nak cite psal org lain
ish........
aku bkan nak ape2
cme jelas kan yg benar sje......





aku cukup x kesa klau aku tau yg benar
tp...... kli ni aku btul2 terasa......
knpe perlu mcam tu....
knpe nak diam bile aku tnya.....







jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini
pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku


mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus selalu mengalaha
pantaskah hatiku
masih bisa bersamamu



Wednesday, March 23, 2011

segalanya belum beakhir

wah....
tajuk kli ni mmg aku sje tulis  macam tu
sbb mmg belom lg habis....
habis ape?????
habis siap kan final projek...
presention projek mmg da habis semalam
tp jgn nak bermimpi berhati senang....
buku log belum siap lagi kak oi!!!!!





ni nak citer ckit pasal presention projek smlm
mmg pnat gile la
smpai skrg x ilang lg
mane x nye..
semua buat last minit....


nak tngok x projek aku yg macam bagus tu
haaaa!!
ni die...
protatype automatic cabinet




ayo..... sgt menyekse buat projek yg x bpe ni...
time pameran ramai gak la yg suruh demo..
nak tngok bde ni beroperasi......
n bile je on suis...
ramai2 akan jeit
GOLL!!!!!!!!!
hahahaha
mmg lingkup la telur aku.... kte en kazaren



n taniah kpd Edikaputra(katak), fauzan(kudek) syafiq(?) n anuar (?)
kerana berjaya jd juara final projek bagi class dem 6

taniah2.... mmg smart la key box safety ni..
tp hati2 sbb aku da tau pasword korg




n kat bawah ni aku upload pic projek rakan2 clas 
semua nye gempak!! seh



pencuci kipas....
mmg bersih la kipas umah kte



sms controller......
past ni kte mkan mcd sme2 je kwn




pemotong kentang.....
projek ribu2 ni



automatik wayper....
semua bnde die boleh libas....
projek youtube ni...



rak serberguna
manyak boleh smpan barang ni....




pvc cutting machine...
bunyi mcam rxz.... weng3




mesen kuih sampret.....
sgt sedap kuihnye



pameran pojek ini berlangsung di bengkel loji jabatan kejuruteraan mekanikal
politeknik johor bahru
dan dibawah ini adalah kepanatan kami semua


bile da boring




peserta final projek dri dem7








merah n putih 



 klau lpa sgah la cni












abis koto tngan dan bju...
sorry ye en



 penel yg mengarut


dan sesungguh nye...
aku sgt gembire kerana semuanye berjalan dgn lancar
DEM 6 TERBAIK LA!!!!!!!



Saturday, March 12, 2011

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

 itu bukan bermakna dia lemah,

 tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah 

menyintai lelaki itu.




Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

 memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi 

percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan 

menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta,

 mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada 
seseorang,

 semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

 itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

 tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 

bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda 
anak kecil 

yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 

Naluri keibuannya sangat kuat. 

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

 jangan kata dia mengada-ngada. 

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,

 tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 

bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 

dia benar-benar maksudkannya. 

Apabila berjauhan, 

bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.




Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih 

baik dari kamu,

 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.

 Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 

Selagi dia dengan kamu, percayalah, 

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,

 kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, 

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu 

melihat sejauh mana lelaki 

itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

 Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 

Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

 Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 

Apabila dia kembali tenang, 

percayalah dia akan mencari anda semula. 

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

 Dia terlalu emosional. 

Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat 

sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.

 Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 

Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

 Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya 

kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan 

mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup 

anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan 

sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda 

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang 

bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang 

terbaik untuk anak2 anda.